DADIH SERI - Dadih Segar
DADIH SERI - Dadih Segar merupakan produk dadih premium keluaran Seri Lagenda Food Services (SLFS). Diproses menggunakan resepi istimewa DADIH SERI, dadih segar ini sangat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut samada untuk hidangan seharian malah dijadikan sebagai menu sampingan serta snek ringan bagi majlis keraian. Produk ini dapat diperolehi di beberapa kedai runcit, restoran serta kafeteria terpilih.
Harga : RM 1.20/unit
DADIH SERI - Dadih Segar Mini
DADIH SERI - Dadih Segar Mini merupakan produk dadih dalam saiz hidangan yang kecil dan sesuai dinikmati sebagai hidangan pencuci mulut dan snek ringan terutama bagi kanak-kanak. Produk ini sangat sesuai dijadikan menu istimewa terutamanya bagi majlis perkahwinan. Produk ini hanya boleh diperolehi melalui tempahan khas dan label boleh direkabentuk mengikut keperluan pelanggan.
Harga : RM 0.60/unit
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (370G)
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (370G) merupakan produk dadih dalam bentuk serbuk campuran berasaskan resepi istimewa DADIH SERI. Cuma didihkan 1.5L air dan masukkan 1 pek serbuk dadih segera 370G untuk mendapat dadih yang segar dan enak. Serbuk campuran asas ini boleh dicampurkan dengan apa sahaja perisa yang digemari pelanggan dan boleh digunakan sebagai bahan campuran bagi resepi kek dan pastri. Produk ini boleh diperolehi melalui wakil jualan SLFS.
Harga : RM 7.50/pek
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (5x370G)
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (5x370G) merupakan pek kombo bagi serbuk dadih segera 370G. Sangat menjimatkan serta sesuai bagi pelanggan yang ingin menghasilkan sendiri DADIH SERI di rumah untuk majlis hari lahir, majlis jamuan dan sebagainya. Terdapat 5 pek serbuk dadih segera 370G dalam 1 pek kombo ini. Produk ini hanya boleh diperolehi melalui tempahan terus kepada SLFS.
Harga : RM 30.00/pek
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (1850G)
DADIH SERI - Serbuk Dadih Segera (1850G) merupakan pek jumbo bagi serbuk dadih segera keluaran SLFS. Cuma didihkan 7.5L air dan masukkan 1 pek serbuk dadih segera 1850G, bagi menghasilkan sendiri DADIH SERI dalam kuantiti yang besar. Sangat sesuai bagi pengusaha restoran, kafeteria, katering serta peniaga kecil-kecilan.Produk ini hanya boleh diperolehi melalui tempahan terus kepada SLFS.